Fekah tanpa tasauf fasik,Tasauf tanpa fekah zindiq

Author : Wahyu SaNedaTidak ada komentar


Alam Jabarut dan Alam Lahut Alam Jabarut Assalammualaikum W.M.T dan salam hormat, AlhamduLILLAH syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana masih memimjamkan kudrat pada saya untuk terus menitip serba sedikit ilmu ALLAH yang dipinjamkan pada saya yang jahil dan tidak berdaya ini. Para pembaca yang dihormati, Dan maka yang digelar Alam Jabarut ini adalah di dalam Martabat Ta'in Awal. Ertinya kenyataan yang pertama atau kecintaan yang pertama, dinamakan Asma' Sifat ALLAH yang bernama WAHDAH membawa erti KASRAH. Apa itu KASRAH? Ianya adalah Huruf. Apakah Huruf? Ianya adalah Asma'. Para Pembaca yang dihormati, Maka erti Wahdah itu adalah Melengkapi, maka dalam Martabat Ta'in Awal itu ALLAH bernama : 1) WAHDAH 2) AGHNAGHUL MUTLAK 3) WUJUD AM YA 4) WUJUD DOA 5) NUR ALLAH 6) NURUL AHADIAH 7) NUR SYAKSANI Jadinya dengan itu, Alam Jabarut itu nyatalah Nur Muhammad S.A.W yang dijadikan ALLAH S.W.T daripada NUR ZAT ALLAH. Maka dalam pada itu, ada NAFI dan ISBAT dan berhimpun tiada bercerai. Para pembaca yang dihormati, Kenapa saya memaparkan semua ini? Bukan lain dan bukan, untuk kita sama-sama terus bertapak mengenal dan mencari Ilmu ALLAH dalam mengejar Hari Raya Kubra. InsyaALLAH. InsyaALLAH, sama-sama kita berjalan menuju ke hadrat ALLAH dalam keadaan yang penuh dengan Keredhaan dan Kerahmatan dari ALLAH S.W.T. Amin. Sekian dahulu, insyaALLAH mudah-mudahan diberi saya peluang untuk terus sambung tentang Alam Malakut. Amin Ya ALLAH Ya Robbi A'lamin. Yang baik sudah tentu dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai menunjukkan saya makhluk yang tiada berdaya tanpa dengan izin dariNYA. Fi AmanILLAH. Alam Lahut Assalammualaikum WMT dan salam sejahtera. InsyaALLAH, kita akan mulakan dengan Alam Lahut. Apa sahaja yang saya paparkan di sini adalah perkongsian bukan untuk mengajar, insyaALLAH akan dibincangkan lebih lanjut pada kuliah Dhuha selepas Aidilfitri setiap hari Ahad. Alam LAhut itu adalah pada martabat Lata'in, yang ertinya tidak ada kenyataan, maka dinamakan Alam Lahut itu Asma' Zat, ertinya Zat ALLAH S.W.T yang belum berasma' ALLAH hanya dengan berasma' Zat Ahadiah. Di dalam martabat Alam Lahut, Asma' Zat yang Maha Suci itu adalah tujuh Asma'NYA iaitu : 1) HU ertinya Zat ALLAH Yang Esa semata-mata. 2) GHAIBUL GHUYUB ertinya tidak ada berpihak dan tiada IA bertempat, tiada IA di atas, di bawah, di kiri, di kanan, di hadapan dan di belakang. 3) AHADIAH ertinya daripada pihak yang tidak sampai kepada pengenalan para Nabi, apa lagi yang lain daripada Nabi-Nabi, yang mengetahui hanya DIA. 4) GHAIBUL HAWIYAH ertinya daripada pihak IA tiada berzat, berasma' dan berakal seperti manusia. 5) WUJUDUL MUTLAK ertinya tiada segala yang hakiki, hanya DIA. 6) ABADAN ABADA ertinya tiada siapa yang mengetahui wujudNYA, sesuatu juapun. 7) LATA'IN ertinya tiada dapat difikirkan oleh akal, makrifat orang-orang yang ArifbILLAH. Alam Lahut pada martabat Lata'in, DIAlah ZATTUL MUTLAK yang tidak bercerai dan tidak berhimpun, semata-mata hanya DIA, belum lagi bernama ALLAH, kerana belum ada Nur Muhammad S.A.W. Maka berkenaan dengan ILMU TAJALLI Alam Lahut, tidak ada Ilmu pada Nur Muhammad S.A.W, hanya DIA yang Tajalli semata-mata. Para pembaca yang dihormati, Saya pasti ada antara di luar sana tidak faham, tidak setuju, kurang mengerti dan kurang jelas akan isi di atas. Tidak menjadi masalah, asalkan jangan letak kejumudan pada ilmu ALLAH, pasti akan bertemu jawapannya, InsyaALLAH. Bak kata guru saya, jika rosak basikal, jangan hantar ke kedai televisyen. :) Bertanyalah pada ahli. InsyaALLAH penghuraian panjang akan saya buat pada kuliah Dhuha selepas AidilFitri. InsyaALLAH, mudah-mudahan diberikan kemudahan dari ALLAH pada saya untuk sambung pada perkongsian tentang alam seterusnya iaitu Alam Jabarut. Sekian dahulu dari insan daif lagi jahil ini. Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH sebagai tanda saya insan yang lemah dan tidak berdaya tanpa dengan izinNYA. Fi AmanILLAH. ALAM Assalammualaikum WMT dan salam hormat, AlhamduLILLAH dengan kudra pinjaman dari ALLAH ini masih diberi lagi saya peluang untuk terus melakarkan serba sedikit Ilmu dariNYA untuk tatapan rohani sesama hamba. Para pembaca yang dihormati, Terlintas saya untuk berkongsi serba sedikit rentetan dari pengajian saya bersama dengan guru-guru saya, yang ada diantara mereka sudah kembali ke hadrat ALLAH. Al- Fatihah. Para pembaca yang diingati, Kali ini kita sama-sama menatap serba sedikit tentang rahsia-rahsia alam. Maka bagi kita yang beriman kepada ALLAH dan Rasulullah S.A.W serta Hari Kiamat, percaya bahawasanya alam-alam yang ada ini dengan nama, Dunia, Buana, Maya pada, adalah dijadikan ALLAH Yang Maha Esa, demikian juga penghuni tiap-tiap alam itu, serta apa jua pada tiap-tiap alam itu. 'Kewajipan' kita sebagai seorang Muslim sekurang-kurangnya mengetahui 7 alam. Apakah Alam-alam tersebut? 1) Alam Lahut 2) Alam Jabarut 3) Alam Malakut 4) Alam Roh 5) Alam Misal 6) Alam Ajsam 7) Alam Insan 8) Alam Mulki 9) Alam Syahadah 10) Alam Hadas 11) Alam Saghir (Dunia kecil) 12) Alam Basyirah 13) Alam Fana 14) Alam Baqa 15) Alam Kabir 16) Alam Hassi 17) Alam Barzakh 18) Alam ALLAH 19) Alam Sifat ALLAH 20) Alam Amar 21) Alam Khalaq 22) Alam Khafi 23) Alam Akhfia 24) Alam Sirr 25) Alam Syuhud 26) Alam Qudus 27) Alam Munazil 28) Alam Qalbi 29) Alam Nahayah Laha 30) Alam Ghaib 31) Alam 'Uqul 32) Alam Mu'adan 33) Alam Nabat 34) Alam Haiwan 35) Alam Lazat 36) Alam Nufus 37) Alam Cuci 38) Alam Naswah 39) Alam Tasyahud 40) Alam Musyahadah 41) Alam Sawa'atun 42) Alam Nur 43) Alam Muhammmad 44) Alam Adam 45) Alam Kita 46) Alam Zhir 47) Alam Nafas 48) Alam Akhirat 49) Alam Nur Syuhud 50) Alam Fuad 51) Alam Jin 52) Alam Zahir 53) Alam Batin 54) Alam 'Izzah InsyaALLAH, kita akan mulakan dengan Alam Lahut. Aturan AlhamduLILLAH ke hadrat ALLAH yang menjadikan hambaNYA dengan segala aturan yang penuh hikmah, syukur kerana masih memberi peluang untuk saya terus cuba merapatkan diri padaNYA. ALLAHu AKBAR. Para pembaca yang dihormati, Sepanjang kita hidup di dunia ini, sepanjang kita bergelar hamba ALLAH, umat Rasullulah S.A.W, sepanjang bergelar orang Islam. Jika diperhatikan semuanya mempunyai aturan. Suka untuk saya kali ini membicarakan tentang aturan mengikut Tasauf. InsyaALLAH, apabila ada keluangan yang diberikan ALLAH pada saya, akan saya terangkan isinya dengan lebih lanjut. Jika tidak berkesempatan di sini, mungkin akan saya teruskan pada kuliah umum di PR selepas hari raya, insyaALLAH. Kita pergi kepada :  Aturan untuk mendapat Taufik dan Hidayah  iaitu: 1) Berani 2) Tawakal 3) Ikhlas 4) Amal Seterusnya,  Aturan kita pada ALLAH S.W.T: 1) 'Ittiqad dengan 'Ittiqad yang Kamil pada ALLAH 2) Jangan ada Syirik Jali 3) Jangan ada syirik Khafi 4) Tawakal pada ALLAH 5) Redha kepada ALLAH 6) Syukur kepada ALLAH 7) Nikmat pada segala kebajikan 8) Melarang diri pada segala kejahatan Aturan pada Rasulullah S.A.W: 1) Banyakkan membaca Selawat ke atas Baginda 2) Kasih kepada Baginda 3) Contohi Akhlak Baginda  4) Kasih pada Zawiyyah (Ulama' Mursyiddin) Aturan dengan Syurga: 1) Membuat Ihsan 2) Kasih pada Rijal ALLAH 3) Mengerjakan Syariat Aturan dengan Neraka: 1) Baca Al-Quran 2) Tangiskan diri yang banyak dosa dan taubat 3) Jauhi Maksiat 4) Lakukan Amal Kebajikan Aturan Dengan Hisab: 1) Jangan banyak bercakap sesuatu yang sia-sia 2) Banyakkan ZikrULLAH 3) Banyakkan bersedekah khairat secara diam-diam Aturan dengan Siratul Mustaqim: 1) Muhibah (terutama dengan saudara seagama iaitu seIslam) 2) Berbakti kepada kedua Ibubapa 3) Berbakti kepada guru-guru, terutama yang menjadi Syeikh (Masyaikh) 4) Amanah 5) Jadikan diri kamu seperti orang-orang awam 6) Rahsiakan Ilmu ALLAH yang ada pada kamu (Kecuali pada ahlinya dan yang patut sahaja) 7) Rahsiakan amalan kamu pada masyarakat. Aturan dengan Mizan: 1) Setiap ilmu hendaklah berguru dan beramal sebelum mendapat Laduni atau ilmu Zauki. 2) Hendaklah bersih dari segala pekerjaan 3) Beradap sopan sesama manusia 4) Bersyukur pada ALLAH, iaitu a) Tiap-tiap nikmat itu syukur b) Tiap-tiap dugaan/bala itu AlhamduLILLAH. Para pembaca yang dihormati, Pasti ada yang keliru serba sedikit tentang aturan-aturan di atas. Tidak perlu keliru kerana setiap pertanyaan atau persoalan pasti ada jawapan, InsyaALLAH. Aturan-aturan di atas adalah rentetan dari hasil pengajian saya dengan ALLAHyarham guru saya yang telah meninggal 10 tahun lepas, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Mudah-mudahan ALLAH memberi kesempatan untuk saya menghuraikannya di sini bagi tatapan semua sebagai untuk kita lebih dekat kepada pencipta, InsyaALLAH, Amin. Semoga mendapat manfaat dari apa yang telah ditatap, InsyaALLAH. Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya makhluk yang lemah dan serba hina tanpa dengan Kudrat dan keizinanan dari ALLAH S.W.T. Pergantungan Makrifat Assalammualaikum WMT dan salam hormat, AlhamduLILLAH syukur ke hadrat ALLAH kerana memberikan peluang untuk saya menulis dalam 'kesibukan nafas yang terus turun dan naik'. Para pembaca yang dihormati, Suka untuk saya berkongsi kali ini tentang perkara yang berkaitan dengan Jalan Musyahadah, ini sebagai satu permulaan kerana apabila dikatakan kita mengambil Jalan Musyahadah maka pergantungan kita terhadap makhluk pudar sama sekali, hanya ALLAH S.W.T semata-mata, tidak kira kepada perawat atau bukan perawat. Para pembaca yang dihormati, Kenapa dikatakan pudar sama sekali? Ini adalah kerana apabila seseorang berada di dalam jalan ini, maka ianya bertumpu kepada Pergantungan Makrifat. Pergantungan Makrifat adalah merujuk kepada mengenal diri, maka pergantungan mengenal diri ianya merujuk kepada Mengenal ALLAH. Makanya pergantungan mengenal ALLAH itu merujuk kepada UJUDULLAH semata-mata. Maka, maksudnya sesiapa mengenal ALLAH,UJUD ALLAH, maka 'binasa diri' yang ertinya Fana dalam UJUDULLAH. MasyaALLAH. Para pembaca yang dihormati, Makanya makrifat hamba pada Tuhan dengan Jalan Musyahadah ialah 'mengetahui' Zat ALLAH, UJUD yang tiada baginya rupa. Laisa Kamislihi syai'un. ALLAHu AKBAR. Jadinya makrifat itu dengan mata hati pada ALLAH semata-mata, tiada lain yang menanti dengan yang dinanti. Maka tinggallah yang dinanti akan menggantikan dengan yang menanti. ALLAHu. Maka, Ahli Makrifat Kalbun tersebut beramal dengan ZikrULLAH yang berikut: 1) Mujahadah  Ertinya MEMERANGI segala fikiran, pemandangan, perasaan, yang menjadi rintangan pada hatinya yang lain dari ALLAH. 2) Muraqabah  Ertinya MENYELESAIkan segala yang kusut celaru di dalam hati untuk menuju ke hadrat ALLAH. ALLAHu.. (Zikir dan Fikir, Fikir dan Zikir) 3) MuqabALLAH Ertinya MENETAPkan hati supaya jangan berpaling pada yang lain selain dari ALLAH. ALLAH semata-mata. 4) Musyahadah Ertinya MEMANDANG ALLAH dan ingat di dalam hati serta fikiran hanya semata-mata ALLAH sahaja. ALLAHu AKBAR. Para pembaca yang dihormati, Kenapa saya menulis tentang Musyahadah? Pertamanya memegang amanat guru, sebarkanlah ilmu, semoga mendapat manfaat 'di sana'. Keduanya kerana penting akan perihal ini pada yang ingin menjadi perawat atau sudah menjadi perawat, bimbang diberikan Istidraj atas kerana sikap tidak mahu ambil tahu kita akan WUJUD ALLAH. NauzubILLAH. InsyaALLAH, ada kesempatan akan datang akan saya sambung dengan rawatan yang berkaitan dengan SIRR, WAHMUM, ZAT dan 'ATIQAD. Yang Baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH, sebagai tanda saya makhluk yang serba lemah dan daif tanpa dengan izin dariNYA. WALLAHUALAM. Wassalam

Posted On : Senin, 21 September 2015Time : 06.16
SHARE TO :
| | Template Created By : Wahyu Hipnosis | CopyRigt By : TRANSPERSONAL | |